sometimes better luaran je kafir tapi dalaman islam berbanding sebaliknya... klik imej.

sometimes better luaran je kafir tapi dalaman islam berbanding sebaliknya... klik imej.
bila si badot bersuara selepas world cup 2010, sometimes better luaran je kafir tapi dalaman islam berbanding sebaliknya & jepun/korea pun simbol agama jugak... klik imej. so apa kes jika penaja tuh firma judi, gay/lesbo, pelacuran, syarikat daging babi bukan hanya arak? yang penting adalah niat sebab kalau pakai songkok cam ngah gadot tapi munafik, apa barang!

Sunday, August 8, 2010

pabila wartawan aka perisik zionis bersuara...

Minda: Menghalusi idea sekolah remaja hamil


2010/08/09
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

NAMPAKNYA kes pembuangan bayi yang tidak berdosa bagaikan tiada kesudahan lantaran masalah keruntuhan moral di kalangan generasi muda semakin membimbangkan dan situasi ini memerlukan langkah paling drastik untuk dilaksanakan.
Biarpun pelbagai pendekatan sudah diambil oleh pihak berkuasa atau badan bukan kerajaan (NGO), nyata ia seperti tidak memberi kesan untuk mengakhiri penyakit akhir zaman ini.


Salah siapa? Diri sendiri, keluarga atau pengaruh perkembangan modenisasi khususnya rakan sebaya? Sukar menuding jari antara satu sama lain, tetapi apa yang perlu dilakukan adalah mencari penyelesaian selain membela nasib insan yang memerlukan perlindungan.


Mungkin ada antara pelaku terbabit melakukan hubungan seks secara sukarela, namun status usia masih di bawah umur menyebabkan mereka memerlukan pembelaan sewajarnya daripada hilang arah dan secara tidak langsung membuang bayi tidak berdosa.


Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tempoh lima tahun sejak 2005, Selangor mencatatkan 105 kes pembuangan bayi diikuti 83 kes di Johor.


Untuk tempoh sama, Sabah merekodkan 65 kes, Sarawak (34), Negeri Sembilan (24), Pulau Pinang (22), Perak (19), Pahang dan Kedah (17), Kelantan (10), Terengganu (5), Melaka (3), Kuala Lumpur (2) dan Perlis (1).


Maka, rasionalisasi cadangan kerajaan Melaka untuk mewujudkan sekolah remaja hamil mungkin berada di luar logik akal dalam budaya masyarakat Melayu, tetapi tetap ada keperluan untuk membela nasib ibu muda yang masih mentah mengharungi kehidupan.


Malah, sebaik cadangan awal berkenaan mula disuarakan, pelbagai pihak mengecam idea Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam itu, tetapi tidak kurang juga memberi sokongan.


Mewujudkan sekolah remaja hamil mungkin ada risikonya, tetapi cadangan itu perlu dipandang dengan minda terbuka supaya golongan ini tidak terus dirundung malang walaupun mereka bersalah melanggar hukum Islam kerana melakukan hubungan seks luar nikah.


Mohd Ali berkata, pihaknya tidak berganjak untuk melaksanakan idea penubuhan sekolah khas itu yang dianggap jalan terbaik bagi membantu menyelesaikan dan mengelakkan maksiat dan zina yang semakin berleluasa di Melaka.


Menurutnya, pihaknya juga tidak akan teragak-agak untuk membantu pelajar ‘miang’ untuk berkahwin, tetapi perlu mendapat persetujuan daripada ibu bapa mahupun mahkamah syariah kerana percaya masalah mengandung anak luar nikah dan pembuangan bayi akan dapat dikurangkan.

Mohd Ali berkata, cadangan menggalakkan berkahwin muda bukan sesuatu yang pelik atau mengarut memandangkan kes maksiat, mengandung anak luar nikah dan pembuangan bayi adalah isu utama yang berlaku di kalangan pelajar dan anak muda pada masa kini.


“Kita banyak kali berbincang dan sering bercakap mengenainya namun sehingga kini tidak timbul sebarang penyelesaian yang dilihat mampu membantu menyelesaikannya.


“Malah, masalah buang bayi akibat hubungan tidak sah menjadi semakin bertambah di Melaka. Oleh itu lebih baik sekiranya kita membenarkan mereka bernikah dan tentunya akan melahirkan anak hasil hubungan yang halal,” katanya.


Bagi menangani isu ini, kerajaan Melaka melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundur, Datuk Ab Rahman Ab Karim sebagai Pengerusi Jawatakuasa penubuhan sekolah berkenaan yang memilih bangunan Pusat Pendidikan Islam, Jasin untuk menempatkan remaja terbabit.

Buat permulaan, bangunan yang lengkap dengan bilik, katil, dapur, peti sejuk dan mesin basuh itu hanya akan digunakan untuk menempatkan remaja hamil, manakala sesi pembelajaran diadakan di Sekolah Menengah Agama As-Sayyidah Khadijah di Merlimau.


Penubuhan sekolah kendalian Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) itu dilaksanakan untuk membantu remaja yang berkahwin awal dan pasangan terlanjur membina kehidupan serta membesarkan bayi sambil meneruskan pelajaran di sekolah tanpa gangguan masyarakat. Remaja yang perkahwinannya mengalami masalah juga boleh meneruskan persekolahan di sekolah berkenaan dan kerajaan negeri akan membantu golongan terbabit daripada melakukan perkara tidak elok seperti berzina, membuang bayi atau lari dari rumah.


Bagaimanapun, cadangan Mohd Ali itu disanggah Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil apabila menyifatkan perkahwinan bawah umur bukan penyelesaian terbaik menangani gejala buang bayi.


Menurutnya, kajian teliti perlu dibuat bagi mengelakkan sebarang implikasi negatif terhadap kanak-kanak, keluarga dan masyarakat.


Katanya, cadangan menggalakkan remaja terlanjur berkahwin juga dilihat seolah-olah menyokong perkahwinan bawah umur.


“Kementerian tegas dengan pendirian bahawa perkahwinan kanak-kanak tidak patut digalakkan kerana ia mampu menjejaskan perkembangan dan kesejahteraan mereka.


“Meletakkan bebanan dan tanggungjawab keibubapaan kepada kanak-kanak akan menyebabkan perkembangan terbantut malah menjejaskan psikologi, emosi dan fizikal mereka.


“Mengambil kira kematangan fizikal dan mental kanak-kanak, apa yang penting adalah memberi perlindungan khas dan penjagaan yang sesuai dengan keperluan kanak-kanak,” katanya.


Stigma menebal bimbang cadangan yang diutarakan Mohd Ali seolah-olah menggalakkan maksiat apabila mahu mewujudkan sekolah khas itu mungkin ada kebenarannya apabila remaja yang terbabit mungkin menyangka ada pihak sanggup membela kesilapan mereka.


Sebenarnya, apa yang perlu dilakukan kini adalah menyelesaikan permasalahan golongan mentah ini kerana mudah terpengaruh lalu terjebak dalam hubungan seks terlarang meskipun menyedari ia melanggar hukum syarak.


Cadangan penubuhan sekolah khas berkenaan sekali gus menggalakkan remaja untuk berkahwin muda dilihat bagaikan melanggar etika budaya masyarakat Melayu, tetapi secara dasarnya keperluan itu tetap ada demi kepentingan bangsa.


Apa yang pasti, penubuhan sekolah berkenaan mungkin harus dipertimbangkan dan difikirkan demi masa depan remaja ini apabila mereka berdepan masalah sedangkan pendidikan adalah satu keutamaan.


Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, dipetik berkata konsep sekolah khas untuk pelajar hamil yang dicadangkan kerajaan Melaka harus dipertimbangkan untuk dilaksanakan di peringkat kebangsaan.


Beliau berkata, remaja berkenaan seharusnya diberi peluang kedua supaya negara tidak kehilangan generasi yang berpotensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara.


“Kita harus bersikap terbuka dalam hal ini, apabila berlaku gejala sosial seperti ini salah satu usaha kita dalam memberi ruang kepada mereka ialah mewujudkan institusi yang tersendiri supaya mereka boleh meneruskan pembelajaran.


“Mereka ini masih boleh kita didik dan berikan pendedahan supaya menjadi satu golongan yang boleh menyumbang kembali kepada negara,” katanya.


Pendekatan terbaik dalam mewujudkan sekolah khas ini adalah dengan mengadakan perbincangan bagi mengelak berlaku salah faham kerana dalam memberi perlindungan kepada remaja bermasalah, aspek pembelajaran mereka juga perlu diberi keutamaan.


Ini berikutan perjalanan kehidupan mereka masih jauh, selain kalangan remaja berkenaan juga memerlukan bimbingan dan kasih sayang supaya merasai diri masih dihargai sekalipun melakukan kesalahan melanggar norma kehidupan.


Cadangan penubuhan sekolah berkenaan mungkin ada baiknya, tetapi kajian lebih mendalam juga harus dilakukan kerana bimbang remaja mentah ini mudah mengambil keputusan di luar jangkaan sekali gus menimbulkan masalah lain.

>Penulis ialah wartawan Harian Metro

No comments:

Post a Comment