sometimes better luaran je kafir tapi dalaman islam berbanding sebaliknya... klik imej.

sometimes better luaran je kafir tapi dalaman islam berbanding sebaliknya... klik imej.
bila si badot bersuara selepas world cup 2010, sometimes better luaran je kafir tapi dalaman islam berbanding sebaliknya & jepun/korea pun simbol agama jugak... klik imej. so apa kes jika penaja tuh firma judi, gay/lesbo, pelacuran, syarikat daging babi bukan hanya arak? yang penting adalah niat sebab kalau pakai songkok cam ngah gadot tapi munafik, apa barang!

Tuesday, August 31, 2010

kita patut tuntut HAK halal macam kahwin budak, poligami, nikah siam & bukan yang HARAM pulok...

Aktivis tuntut hak tak mahu berpuasa


2010/09/01

SEBUAH  keluarga  menjamu selera ketika   berbuka puasa di pekarangan rumah mereka   di Damsyik, kelmarin. Gambar kecil, Najib Chaouki.
SEBUAH keluarga menjamu selera ketika berbuka puasa di pekarangan rumah mereka di Damsyik, kelmarin. Gambar kecil, Najib Chaouki.
Maghribi tak cadang gubal undang-undang

RABAT: Masyarakat Islam di Maghribi yang didapati tidak berpuasa dan makan di tempat awam ketika bulan puasa boleh dikenakan denda dan hukuman penjara sekurang-kurangnya enam bulan.
Berikutan itu, aktivis tempatan menggerakkan usaha meminda Artikel 222 kanun keseksaan dan perbuatan jenayah membabitkan perkara itu di bulan Ramadan.
Perdebatan bermula Ramadan tahun lalu apabila MALI (Pergerakan Alternatif bagi Pembebasan Peribadi) menganjurkan majlis berbuka puasa di tempat awam ketika bulan Ramadan.

Setahun kemudian, kumpulan terbabit terus mencetuskan perdebatan di kalangan pihak berkuasa dan agama dan masyarakat.

Pengasas MALI, Najib Chaouki, berkata kumpulan terbabit tidak menggalakkan orang ramai tidak berpuasa. Tetapi, ia mempertahankan hak rakyat Maghribi yang tidak berpuasa dan terpaksa makan secara rahsia.

“Kami bukan mempertahankan sesiapa. Jika anda makan di restoran, orang berpuasa tidak akan melihat anda. Ini tidak akan mencetuskan kemarahan,” katanya.
Chaouki turut mewujudkan satu kumpulan di laman sosial Facebook, mengenai isu terbabit iaitu ‘Rakyat Maghribi berhak untuk tidak berpuasa.’

Menteri Komunikasi Maghribi, Khalid Naciri, ketika diminta mengulas isu berkenaan memberitahu kerajaan tidak bercadang untuk menggubal undang-undang mengenai hak tidak berpuasa ketika Ramadan.

Beliau berkata, isu itu hanya membabitkan larangan berbuka puasa di tempat terbuka untuk menjaga ketenteraman awam dan menghormati kemuliaan Ramadan, tetapi mahkamah tidak akan mengambil tindakan terhadap mereka yang tidak berpuasa dan makan di tempat tertutup seperti rumah mereka sendiri. – Agensi

No comments:

Post a Comment