sometimes better luaran je kafir tapi dalaman islam berbanding sebaliknya... klik imej.

sometimes better luaran je kafir tapi dalaman islam berbanding sebaliknya... klik imej.
bila si badot bersuara selepas world cup 2010, sometimes better luaran je kafir tapi dalaman islam berbanding sebaliknya & jepun/korea pun simbol agama jugak... klik imej. so apa kes jika penaja tuh firma judi, gay/lesbo, pelacuran, syarikat daging babi bukan hanya arak? yang penting adalah niat sebab kalau pakai songkok cam ngah gadot tapi munafik, apa barang!

Tuesday, August 17, 2010

DENGARLAH PENDAPAT GURU BODOH BINTI ANDARTUH SEBAB TELAH DITEBUK TUPAI...

Minda: Dengar pendapat pelbagai pihak


2010/08/18
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KERAJAAN Melaka bercadang mengadakan sekolah khas bagi remaja mengandung untuk membendung masalah zina, maksiat dan pembuangan bayi yang kini semakin serius.
Ketegasan kerajaan Melaka mengadakan sekolah ini mendapat pelbagai reaksi. Alasan Melaka mahu membina sekolah tersebut adalah untuk mengisi pelajar ‘miang’ yang hendak kahwin tetapi dihalang akhirnya terlanjur dan mengandung.


Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak melaksanakan idea penubuhan sekolah tersebut dengan harapan dapat membendung pelbagai masalah sosial di kalangan remaja dan pelajar sekolah.


Menariknya, idea ini mendapat pelbagai reaksi terutama yang membantah atas pelbagai alasan termasuk masa depan pelajar sekolah. Penubuhan sekolah ini dikatakan akan lebih memburukkan keadaan kerana murid sudah tahu ke mana mereka akan pergi sekiranya mereka terlibat dengan zina dan maksiat.


Tegasnya sekolah ini akan menggalakkan lagi hubungan luar nikah atau menggalakkan remaja kahwin lebih awal sedangkan masa mereka sepatutnya di sekolah atau di institusi pengajian tinggi tanpa dibebankan dengan tanggungjawab terhadap keluarga.


Ada yang berpendapat penubuhan dan penerimaan masuk ke sekolah ini menjadikan pelajar tidak berasa bersalah atas apa yang mereka lakukan apatah lagi mereka akan diterima masuk ke sekolah yang telah disediakan.


Oleh itu, sekolah ini dikatakan akan menggalakkan lagi hubungan luar nikah di kalangan remaja. Tetapi jika pelajar ini sudah berkahwin iaitu berkahwin pada usia muda atau di bawah umur, adalah tidak perlu lagi mereka bersekolah kerana mereka sudah mempunyai tanggungjawab.


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak bersetuju dengan penubuhan sekolah ini. Beliau berpendapat pelajar mestilah diberi perlindungan hak, terutamanya bagi mereka yang sudah terlanjur.


Berdasarkan pelbagai pendapat nampak jelas bahawa di samping Kementerian Pelajaran yang menentang penubuhan sekolah ini, pihak lain menyuarakan pendapat yang sama iaitu penubuhan sekolah ini akan lebih mendatangkan implikasi negatif.


Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Mohd Fuad Zarkashi, memberitahu dalam statistik terbaru terdapat 21 kes murid hamil sejak 2006 hingga kini di seluruh negara. Angka ini masih kecil kerana tidak sampai 10 kes setahun.


Bagaimanapun, penubuhan sekolah ini didasarkan kepada kes maksiat dan pembuangan bayi yang sering dilakukan pasangan terlanjur atas pelbagai sebab.

Oleh sebab bayi dibuang di tempat yang tidak sepatutnya seperti di tandas, tong sampah, tepi jalan dan sebagainya, masyarakat merasakan ini satu bebanan baru kepada negara kerana membabitkan kemanusiaan sehingga ramai yang mengatakan dalam diri manusia sudah ramai ‘binatang’.


Bagaimanapun, perkara yang boleh kita bayangkan jika sekolah ini ditubuhkan ialah label yang akan diberikan oleh masyarakat terhadap muridnya.


Jumlah pelajar dalam sesebuah sekolah akan melambangkan keruntuhan institusi masyarakat dan keluarga. Jika makin banyak sekolah yang dibina dan diisi dengan murid mengandung, kita bimbang mutu pendidikan mereka tidak sehebat mana.


Maka makin ramailah yang tercicir dalam pelajaran dan apabila mereka keluar dari sekolah ini, kita akan melahirkan generasi yang sudah mempunyai tanggungjawab dalam rumah tangga.

Di samping itu, kita juga bimbang suatu masa nanti akan banyak sekolah remaja mengandung terpaksa dibina kerana mendapat sambutan ramai. Tidak mustahil juga jika sekolah ini berjaya, kita juga akan berdepan dengan pertambahan pelajar yang terlibat dalam salah laku atau yang berkahwin muda.


Dalam pada itu, kita juga bimbang suatu masa nanti akan banyak lagi sekolah lain yang bakal dibina berdasarkan kategori kesalahan remaja. Kita takut akan wujud pula ‘sekolah Mat Rempit’, ‘sekolah budak ponteng sekolah’, ‘sekolah gengster’, ‘sekolah pelajar lari dari rumah’ dan sebagainya.


Pelbagai langkah dan pendekatan sudah dibuat untuk menangani masalah salah laku remaja termasuk kempen, sistem pendidikan yang menekankan nilai murni dan sebagainya. Oleh sebab masalah ini berlarutan dan kritikal dari semasa ke semasa, pendekatan lain boleh dicuba.


Dalam satu soal jawab di sebuah stesen radio baru-baru ini, seorang penceramah menempelak penceramah yang hanya menjadikan surau dan masjid sebagai usaha mendekati remaja.


Katanya, remaja lebih ramai di pusat beli-belah dan di pusat hiburan. Di sinilah penceramah boleh melebarkan usaha mereka mendekati golongan yang bermasalah supaya apa yang disampaikan di surau dan masjid juga sampai kepada golongan berkenaan.


Menurut beliau lagi, pendekatan ceramah di surau yang suka menghentam golongan muda yang bermasalah bukan cara terbaik untuk memujuk mereka datang ke surau dan masjid. Mereka perlu dipujuk dengan cara lembut dan apa yang hendak disampaikan bukan dengan cara menghentam.


Kita juga bimbang kerana di sesetengah surau dan masjid, ada jawatankuasanya yang menghalau remaja pulang menukar pakaian kerana memakai kemeja-T untuk bersembahyang, sedangkan yang perlu dihalau ialah mereka yang tidak memakai baju ke surau atau ke masjid.


Oleh yang demikian, sebelum sekolah remaja mengandung dibina, pandangan daripada pelbagai pihak mesti diambil kira. Kita tidak mahu kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja tinggi, tetapi akhirnya terpaksa menarik balik pelaksanaannya.


# Penulis seorang guru

No comments:

Post a Comment