sometimes better luaran je kafir tapi dalaman islam berbanding sebaliknya... klik imej.

sometimes better luaran je kafir tapi dalaman islam berbanding sebaliknya... klik imej.
bila si badot bersuara selepas world cup 2010, sometimes better luaran je kafir tapi dalaman islam berbanding sebaliknya & jepun/korea pun simbol agama jugak... klik imej. so apa kes jika penaja tuh firma judi, gay/lesbo, pelacuran, syarikat daging babi bukan hanya arak? yang penting adalah niat sebab kalau pakai songkok cam ngah gadot tapi munafik, apa barang!

Thursday, April 21, 2011

ajar pakai kondom cegah hamil? pro israel betul...

Program bendung kes buang bayi di sekolah Ogos depan


2011/04/21
KOTA KINABALU: Kementerian Kesihatan akan melaksanakan satu program baru membabitkan semua sekolah di negara ini bertujuan membendung gejala sosial di kalangan pelajar termasuk kes buang bayi.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata jika semuanya berjalan lancar, program itu dijangka dilaksanakan pada Ogos ini. "Pihak kementerian rasa terpanggil untuk lebih proaktif dalam menangani masalah gejala sosial di kalangan generasi muda dan berharap semua pihak terutamanya pelajar, ibu bapa dan golongan remaja memberikan kerjasama. "Kita rancang buat program ini dan secara tidak langsung akan membabitkan reproduktif sains yang berkait rapat dengan usaha kita untuk membendung gejala sosial," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian anugerah pelajar cemerlang SMK Perempuan Likas, dekat sini hari ini.

Rosnah berkata, pencegahan adalah lebih baik daripada merawat terutama dalam kes buang bayi.

"Di peringkat kementerian, kita perkasakan program pencegahan...bukan sahaja menumpukan kepada penyakit berjangkit tetapi juga aspek sosial yang membabitkan kelahiran luar nikah, kerana dari segi kesihatan kita bimbang fenomena yang berlaku," katanya. - BERNAMA

Tuesday, April 19, 2011

CAKAP JER LEBIH TAPI PERBUATAN PRO JEW GAK...

Pasca modenisme bahayakan ummah


2011/04/20

Aliran pengaruhi dengan seruan pinggirkan agama

KUALA LUMPUR: Umat Islam kini sedang berdepan dengan pelbagai cabaran yang bersifat luaran dan dalaman berbentuk pemikiran yang datang dari kebudayaan asing iaitu aliran pasca modenisme.
Click Here
Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Nik Hassan, berkata fahaman pasca modenisme itu menyatakan bahawa manusia mempunyai kebebasan mutlak untuk menjalani kehidupan tanpa sebarang ikatan kepada sebarang bentuk ajaran agama.
“Aliran pasca modenisme bermula daripada pergolakan pemikiran Barat yang menentang pengaruh kekuasaan gereja serta manusia bebas melakukan apa saja tanpa perlu memikirkan kebajikan orang lain,” katanya ketika merasmikan Majlis Seminar Wanita dan Cabaran Aliran Pasca Modenisasi: Penilaian Dari Perspektif Islam di Dewan Besar IKIM di sini, semalam.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Othman Mustapha dan Timbalan Ketua Pengarah IKIM, Prof Datin Paduka Zaleha Kamaruddin.

Nik Mustapha berkata, aliran pasca modenisme menjadi satu cabaran besar kerana ia sudah mempengaruhi dunia Islam dengan seruan untuk meminggirkan agama.
“Dengan berkembang pasca modenisme pada era globalisasi ini, maka fahaman dan gerakan kebebasan manusia semakin berkembang.
“Impak daripada kemunculan pasca modenisme ini juga menyaksikan kemunculan gerakan feminis atau hak asasi persamaan jantina,” katanya.

Beliau berkata, golongan terbabit mengatakan bahawa dalam al-Quran amat menekankan persamaan antara lelaki dan perempuan.

“Bagi golongan terbabit, persamaan bererti penyamarataan atau kesamaan hak dalam semua bidang yang diceburi oleh lelaki dan perempuan, oleh itu semua bentuk perbezaan yang wujud dalam apa perkara sekalipun dianggap diskriminasi,” katanya.

Nik Mustapha turut menjelaskan bahawa di dalam agama Islam, persamaan tidak semestinya bermakna penyamarataan.

Beliau berkata, permasalahan dalaman yang ketara berpunca dari kedangkalan ilmu pengetahuan, kefahaman dan penghayatan agama yang akhirnya memberi kesan kepada pelbagai aspek kehidupan sosial, perundingan, politik dan ekonomi. – BERNAMA

Saturday, April 16, 2011

selepas merdeka lebih teruk? islam tetapi jew... hati2!

Larangan burqa di Perancis sekadar mainan politik
Oleh Shamsiah Sanin
edisimingguan@bharian.com.my
2011/04/17

  • Foto

    PRESIDEN Perancis, Nicolas Sarkozy menunjukkan isyarat tangan ketika menyampaikan ucapan di Versailles, 12 April lalu.

  • Foto

    SEORANG kanak-kanak berdiri berhampiran sepanduk Parti Jamaat-e-Islami Pakistan ketika tunjuk perasaan membantah pengharaman memakai burqa oleh kerajaan Perancis.

Sarkozy cuba sekat parti berhaluan kanan terus eksploitasi isu imigran, Islam

PADA 11 April lalu, Perancis menjadi negara Eropah pertama secara rasmi mengharamkan pemakaian penutup muka yang dikenali burqa, purdah atau niqab oleh wanita Islam, selepas rang undang-undang mengenainya diluluskan tahun lalu.
Undang-undang baru itu segera menimbulkan kemarahan kumpulan dan organisasi Islam yang mendakwa tindakan bertujuan memencilkan umat Islam, manakala penyokong pengharaman berkata ia wajar diambil bagi membolehkan pendatang asing berintergrasi lebih baik dengan masyarakat setempat.
Sebelum ini pada 2004, Perancis mengharamkan pemakaian simbol agama secara di sekolah awam. Ia termasuk pemakaian tudung, salib, serban penganut Sikh dan sebarang simbol agama lain.

Keputusan yang diambil Presiden Perancis Nicolas Sarkozy, sebenarnya bukan sesuatu yang mengejutkan jika kita melihat hala tuju politik di Eropah.

Isu kontroversi pengharaman burqa mempunyai tiga dimensi dalam politik Perancis. Pertama, tradisi sekular yang amat kuat di negara itu, kedua, kedatangan dan penghijrahan pendatang asing yang menjadi isu politik penting di semua negara Eropah Barat dan ketiga, integrasi etnik dan agama kumpulan minoriti dengan budaya kebangsaan Perancis.

Kebanyakan parti politik di Eropah, jika pun bukan semua, cuba menggunakan perbezaan pendapat mengenai kebanjiran kaum pendatang untuk mendapatkan faedah politik.
Antaranya termasuk kaedah menghalang kebanjiran pendatang dan pekerja asing, memperketat undang-undang imigresen, antaranya permohonan untuk menjadi warganegara selain meningkatkan tekanan ke atas golongan pendatang agar berintegrasi dengan nilai Eropah.

Tanpa ragu, dasar ini mendapat sokongan besar penduduk awam Perancis. Selain itu nilai sekular menjadi pegangan kuat masyarakat Perancis.

Sarkozy melihat langkah yang diambilnya sebagai satu kemenangan dalam usaha memperkukuh tradisi Eropah dan beliau semakin yakin apabila keputusannya mendapat sokongan besar rakyat Perancis.

Tanpa diragui, Islam dan pendatang akan menjadi dua isu utama dalam kempen pilihan raya presiden Perancis pada 2012.

Mengikut tinjauan terbaru parti Kesatuan Pergerakan Popular (UMP) pimpinan Sarkozy tidak mendapat sokongan menggalakkan dan semakin ketinggalan di belakang Parti Barisan Kebangsaan (NF). Berikutan itu beliau terpaksa mencari bahan perdebatan ‘lebih panas’ untuk menarik perhatian pengundi Perancis.

Kerajaan Perancis mengakui bahawa hanya kira-kira 2,000 wanita Islam memakai burqa berbanding lima juta penduduk Islam di negara itu.

Secara jelas undang-undang itu hanya sekadar ‘isyarat simbolik’ kerana ia tidak akan membabitkan majoriti wanita Islam di negara itu.

Apa yang pasti setakat ini ia tidak berkesan. Kerajaan Perancis sekadar cuba menangani dan menyelesaikan isu yang sebenarnya bukan suatu masalah.

Hanya sekumpulan kecil wanita Islam memakai burqa (Islam tidak mewajibkan pemakaian burqa).

Pada masa sama, larangan ini hanya bertujuan untuk menunjukkan bahawa nilai Barat mempunyai kuasa lebih besar hingga boleh memencilkan minoriti Islam di Perancis.

Ketika sebilangan ahli politik Perancis mempertahankan larangan ini sebagai tindakan membebaskan wanita daripada ‘penindasan’ hakikatnya, kebanyakan wanita negara itu memakai burqa atas kerelaan sendiri.

Dari perspektif ini, undang-undang itu mungkin gagal memenuhi matlamatnya untuk mempromosi integrasi, sebaliknya akan lebih memencilkan umat Islam.

Sejak hari pertama undang-undang itu dikuatkuasakan hingga kini, hanya dua wanita ditahan tetapi bukan atas kesalahan memakai burqa, sebaliknya kerana menyertai tunjuk perasaan membantah larangan itu dan enggan bersurai. Mereka dibebaskan beberapa jam kemudian.

Seorang lagi wanita, Kenza Drider, tiba di Paris dari bandar Avignon dengan menaiki kereta api dan memakai burqa, untuk menyertai tunjuk perasaan itu tanpa dicabar polis atau pihak berkuasa.

“Saya berbuat begini untuk menguji polis Perancis dan sebagai amaran terbuka bahawa saya akan terus memakai burqa. Undang-undang yang dikuatkuasakan adalah serangan kepada kebebasan hak peribadi dan agama saya,” katanya.

Di bawah undang-undang yang baru itu, mereka yang didapati melanggar peraturan, boleh didenda hingga 150 Euro (RM655), manakala seseorang yang memaksa orang lain memakai burqa boleh dihukum penjara hingga dua tahun.

Penganalisis berkata adalah amat sukar untuk membuktikan bahawa seseorang wanita dipaksa memakai burqa.

Undang-undang baru itu tidak membenarkan anggota polis atau pihak berkuasa menanggalkan burqa secara kekerasan atau memaksa mereka membukanya dikhalayak.
Mereka sebaliknya dikehendaki membawa wanita terbabit ke balai polis untuk disoal sebelum tindakan lanjut diambil.

Larangan yang dikuatkuasakan di Perancis boleh dianggap longgar atau tidak mempunyai kesan secara langsung, jika dibandingkan dengan peraturan keras pengharaman memakai tudung kepala yang dikuatkuasakan Turki, sebuah negara yang 95 peratus penduduknya beragama Islam sejak 1923.

Lebih menyedihkan, larangan dilaksanakan oleh kerajaan yang ditadbir secara keseluruhannya oleh pemimpin beragama Islam dan sehingga kini tidak banyak yang dapat dilakukan untuk mengubahnya.

Pada Mei 1999, pengharaman pemakaian tudung menimbulkan kegemparan di negara itu , apabila Merve Kackci dihalang daripada mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen kerana memakai tudung dan enggan mematuhi arahan meninggalkan dewan.

Perdana Menteri Bulen Ecevit menuduh beliau melanggar prinsip sekular dan beliau kemudian didakwa di mahkamah atas dakwaan provokasi kebencian agama.

Beberapa bulan kemudian kerajaan melucutkan kerakyatannya sebagai warga Turki apabila beliau didapati mempunyai kerakyatan Amerika.

Wanita yang hafaz al-Quran itu, kini menjadi profesor pelawat di Universiti Washington dan meneruskan kempen membantah larangan memakai tudung di Turki. Pada 2007 Mahkamah Hak Asasi Eropah, memutuskan bahawa tindakan kerajaan mengusir beliau dari bangunan parlimen Turki, melanggar hak asasi.

Pada 2000, seorang pelajar Nuray Bezirgan dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh mahkamah Turki atas dakwaan mengingkari arahan apabila memakai tudung ketika menduduki peperiksaan akhir. Mahkamah Hak Asasi bagaimanapun menyokong keputusan itu dan berpendapat ia sesuatu yang perlu.

Laporan Negara Turki 2007 menyatakan, wanita yang memakai tudung dan penyokong mereka berdepan tindakan disiplin dan risiko kehilangan kerja di sektor awam.
Mahkamah Agung Turki pada 2007, mahkamah memutuskan untuk menafikan hak seorang guru wanita daripada dinaikkan pangkat apabila beliau didapati memakai tudung di luar waktu bekerja.

Seorang pegawai imigresen di Kedutaan Kanada di Ankara pernah menyatakan bahawa kakitangan kerajaan tidak dibenarkan memakai tudung ketika bertugas, tetapi wanita bertudung boleh bekerja di sektor swasta.

Pada April 2005, seorang profesor sains politik dengan pengkhususan membabitkan isu wanita di Universiti Bogazici di Istanbul berkata, wanita yang memakai tudung di negara itu menghadapi kesukaran mendapat kerja dalam kedua-dua sektor swasta dan kerajaan.

Ramai diantara mereka juga gagal mendapatkan rawatan di hospital kerajaan hanya semata-mata kerana memakai tudung.

Berbanding Perancis, keadaan di Turki jauh lebih sukar bagi wanita yang bertudung, apabila undang-undang dilaksanakan dengan keras dan ketat, sekali gus menjejaskan sistem kehidupan mereka.

Pertubuhan Islam dan kumpulan aktivis yang prihatin, perlu berusaha agar wanita Islam di Turki berpeluang menikmati kebebasan melaksanakan tuntutan agama dan memilih jalan hidup mereka sendiri.

Bagaimana masa depan pengharaman memakai burqa di Perancis? Apa yang jelas, bantahan demi bantahan yang datang seluruh pelusuk dunia, pasti menjadikan pelaksanaannya semakin sukar.

Sunday, April 10, 2011

Saturday, April 9, 2011

LAT NAMA BERHALA... DAH MACAM TIADA NAMA LAIN LAK! KE LALAT?

Teater Lat dipentas ke seluruh negara


2011/04/10

KUALA LUMPUR: Penerbit Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal (LKBSM), Hans Isaac, berhasrat membawa pementasan itu menjelajah seluruh negara termasuk Singapura selepas mencatat kejayaan luar biasa sepanjang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya, di sini.

Pementasan yang berakhir Selasa lalu itu berjaya mengumpul 30,000 penonton menerusi 21 pementasan, sekali gus mencatat jumlah penonton terbesar untuk produksi tempatan pernah dipentaskan di Istana Budaya.
Kejayaan LKBSM itu mengatasi pencapaian Puteri Gunung Ledang The Musical yang merekodkan 24,000 penonton menerusi 18 persembahan pada 2006.
Hans berkata, kejayaan LKBSM didorong oleh jenama Lat yang mempunyai peminat berbilang bangsa selain kekuatan produksi, barisan pelakon serta jalan cerita yang dirancang penuh teliti.

“Perbincangan akan dibuat minggu depan untuk membawa pementasan LKBSM di Stadium Indera Mulia, Ipoh selain menanti tawaran daripada pengurusan Esplenade, Singapura yang turut menyatakan minat membawanya ke negara itu,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu di sini, semalam.

Hans berkata, keinginan membawa LKBSM ke seluruh negara didorong keazamannya supaya lebih ramai peminat seni di luar Kuala Lumpur menghargai naskhah itu.

“LKBSM adalah lambang kesungguhan seorang anak tempatan untuk menghasilkan produksi bertaraf antarabangsa biarpun beliau terpaksa berdepan pelbagai kekangan termasuk masalah penajaan,” katanya.
LKBSM diinspirasikan daripada perjalanan hidup Datuk Mohd Nor Khalid atau Lat dan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya mulai 16 Mac hingga 5 April lalu.

Pencapaian menarik jumlah penonton tertinggi itu meletakkan LKBSM sebagai antara pementasan tempatan yang mempunyai jenama kuat selain Muzikal P Ramlee, Muzikal Tun Mahathir dan Cuci The Musical.

Kartunis Lat sebelum ini mengakui berpuas hati dengan kualiti pementasan muzikal arahan bersama Hans dan Harith Iskander itu, malah memuji lakonan serta aspek nyanyian dan tarian yang ditonjolkan barisan pelakon LKBSM.

Berita Harian dan New Straits Times adalah akhbar rasmi pementasan LKBSM.