sometimes better luaran je kafir tapi dalaman islam berbanding sebaliknya... klik imej.

sometimes better luaran je kafir tapi dalaman islam berbanding sebaliknya... klik imej.
bila si badot bersuara selepas world cup 2010, sometimes better luaran je kafir tapi dalaman islam berbanding sebaliknya & jepun/korea pun simbol agama jugak... klik imej. so apa kes jika penaja tuh firma judi, gay/lesbo, pelacuran, syarikat daging babi bukan hanya arak? yang penting adalah niat sebab kalau pakai songkok cam ngah gadot tapi munafik, apa barang!

Tuesday, September 28, 2010

Monday, September 20, 2010

patut saran nikah sebelum jimak...

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0921&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm

Sunday, September 19, 2010

undilah BN lagi...

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0920&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm

Monday, September 13, 2010

KOREK KUBUR TUN RAZAK & BAKAR MAYAT SEBAB PENYATA BODOHNYA ITU, SETUJU SEMUA?

Empat juga disembelih Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Ibrahim Isa, Hayati Ibrahim, Mohd Harzrul Aminuddin, Shamsul Munir Safini, Muhammad Apendy Issahak, Sarah Zulkifly, Suraya Roslan dan Raja Noraina Raja Rahim 2010/09/14 BANTING: Pendedahan terbaru berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik terkenal, Sosilawati Lawiya, 47, lebih menyentap perasaan apabila hasil siasatan tidak menolak kemungkinan mangsa bersama tiga lelaki lain disembelih menggunakan senjata tajam. CARI...anggota pasukan penyelam polis mencari bukti di Sungai Kanchong Laut, semalam. Sumber yang rapat dengan siasatan kes terbabit berkata, berdasarkan siasatan dilakukan, mangsa dikelar di leher sebelum dibakar oleh kumpulan penjenayah terbabit hingga menjadi debu.

“Hasil maklumat dikumpul setakat ini, polis mendapati pembunuhan itu adalah tindakan jenayah sadis yang dirancang dengan begitu rapi. Lebih mengerikan apabila semua mangsa seolah-olah dilayan seperti binatang tanpa perikemanusiaan.

“Polis turut percaya, abu dan sisa tulang semua mangsa yang dibakar terbabit bukan hanya dibuang di dalam Sungai Panchau, malah turut dibuang ke dalam beberapa parit kecil berhampiran yang arusnya mengalir ke laut,” katanya.

Dalam sidang akhbar kelmarin, Sosilawati bersama tiga mangsa lain disahkan dibunuh kejam di ladang persendirian milik suspek utama yang terletak di Sungai Gadung, Tanjung Sepat.

“Bagaimanapun, polis berjaya mengesan suspek utama bergelar Datuk berusia 41 terbabit dan adiknya berusia 38 tahun sebelum kedua-dua mereka ditahan di rumah mereka yang terletak di Taman Cempaka, kira-kira jam 5 petang Sabtu lalu.
“Setakat ini, polis menemui pisau yang digunakan untuk tujuan pembunuhan terbabit selepas melakukan pemeriksaan rapi di kawasan sungai dan parit berhampiran tapak ladang berkenaan malam Ahad lalu,” kata sumber itu. Berdasarkan maklumat dikumpul, pisau terbabit dibuang ke dalam sungai bersama abu mayat mangsa bagi menghilangkan bukti jenayah kejam dilakukan. “Pisau milik kumpulan pembunuh itu ditemui selepas salah seorang suspek yang ditahan memberikan maklumat kepada polis. Setakat ini, polis percaya, pisau itu digunakan untuk membunuh semua mangsa berkenaan” katanya. Menurutnya, dalam operasi kelmarin, polis Unit Forensik Bukit Aman, Selangor dan Kuala Lumpur melakukan siasatan rapi terhadap lokasi kejadian manakala anggota polis dari Jabatan Kimia Bukit Aman melakukan pemeriksaan di kawasan Sungai Panchau di sini. Difahamkan polis turut menemui sisa pembakaran antaranya tulang dan tisu tubuh yang boleh dikaitkan dengan identiti mangsa yang hilang. Sementara itu, pasukan penyelam polis meneruskan usaha menyelam di dasar Sungai Kanchong Laut, Kampung Endah bagi mencari objek yang boleh dikaitkan dengan kes pembunuhan berkenaan, semalam. Dalam sidang akhbar kelmarin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin memberitahu empat mangsa berkenaan dipercayai diseksa, dibelasah, selain ditikam menggunakan senjata tajam oleh sekumpulan penjenayah hingga mati berlumuran darah. Penjenayah yang seolah-olah tidak mempunyai belas kasihan mencurahkan petrol sebelum membakar mayat mangsa sehingga menjadi abu bertujuan menghilangkan bukti jenayah. Penjenayah kemudian mengutip cebisan dan abu mayat semua mangsa yang dimasukkan ke dalam guni atau bekas tertentu sebelum dibuang ke Sungai Panchau, di sini, kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa dibunuh. Susulan kes itu, polis memberkas lapan suspek termasuk dua wanita antara Jumaat hingga Ahad lalu membabitkan suspek berusia 19 hingga 45 tahun.

Friday, September 10, 2010

haha... cerita rekaan jew!?

Bapa kemaruk wanita
Oleh Suraya Roslan

2010/09/10
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Lantaran tidak tahan dengan sikap bapanya yang kerap bertukar isteri, seorang remaja mengambil nekad memusnahkan dirinya dengan mengambil dadah jenis syabu.
Remaja dikenali sebagai Zack, 19, tertekan dengan cara hidup ayahnya yang sering berkahwin dengan wanita dari negara jiran. “Yang terbaru saya mengetahui ayah mengahwini wanita dari Laos dan meninggalkan ibu keseorangan. Sayu hati ini apabila melihat ibu merintih supaya tidak ditinggalkan, tetapi ayah yang begitu kemaruk untuk beristeri muda langsung tidak peduli semua itu,” katanya ketika ditemui di sebuah pusat pemulihan di ibu negara di sini, semalam.


Zack juga dikenali sebagai pelajar pintar di sekolahnya itu mengambil keputusan mencuba dadah jenis syabu kerana begitu terpengaruh dengan desakan rakan.


“Saya kerap menceritakan mengenai masalah keluarga yang dialami dan begitu tertekan dengan hidup ini, malah pernah beberapa kali cuba membunuh diri, nasib baik ada rakan yang sudi membantu dan menghalang,” katanya.


Namun, ingatkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari, rakan yang membantu Zack juga sebenarnya bertujuan mahu memusnahkan dirinya saja.


“Rupanya niat mereka membantu adalah untuk membinasakan saya apabila disuruh mencuba sejenis dadah yang mampu menyelesaikan segala masalah di dunia ini. Saya yang pada mulanya tidak percaya, cuba juga akhirnya...dan ternyata memang best dan layan hingga saya tidak dapat lagi hidup tanpanya,” katanya.


Bermula pada detik itu, Zack menjadi hamba dadah dan terpaksa melakukan jenayah untuk membeli barang terlarang itu.


“Ayah dan ibu terus tidak mempedulikan saya selepas mengetahui saya terjebak dengan najis dadah. Dan bermula pada detik itu, kami terus terputus hubungan terutama dengan ayah.


“Saya akui, sering menjadi pelajar harapan di sekolah lantaran mendapat keputusan cemerlang, namun akibat tekanan keluarga saya sanggup memusnahkan diri sendiri,” katanya.


Zack yang kini sudah insaf berharap hubungannya dengan keluarga dapat dipulihkan segera. Kini Zack yang menghuni di sebuah pusat pemulihan di ibu negara secara sukarela selama enam bulan untuk membentuk diri menjadi insan lebih berguna.