sometimes better luaran je kafir tapi dalaman islam berbanding sebaliknya... klik imej.

sometimes better luaran je kafir tapi dalaman islam berbanding sebaliknya... klik imej.
bila si badot bersuara selepas world cup 2010, sometimes better luaran je kafir tapi dalaman islam berbanding sebaliknya & jepun/korea pun simbol agama jugak... klik imej. so apa kes jika penaja tuh firma judi, gay/lesbo, pelacuran, syarikat daging babi bukan hanya arak? yang penting adalah niat sebab kalau pakai songkok cam ngah gadot tapi munafik, apa barang!

Tuesday, July 27, 2010

RAMAI TALIBARUT JEW MENGERUHKAN LAGI IMEJ...

Serangan fizikal, rohani gugat masyarakat Islam
Oleh Faiza Zainudin

2010/07/28

KUALA LUMPUR: Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin melahir perasaan dukacita apabila umat Islam diancam dengan pelbagai serangan fizikal serta rohaniah dalam dunia pasca moden ini.

Baginda bertitah, isu Islamofobia yang meracuni masyarakat dunia terutama di kalangan masyarakat bukan Islam perlu ditangani dengan segera.
Dalam konteks ini, Beta berharap supaya seluruh dunia Islam dapat bersatu dan memainkan peranan dengan menyusun serta melaksana agenda memajukan umat Islam dengan lebih berkesan lagi.
Beta juga mengharapkan supaya masyarakat bukan Islam sewajarnya diberi kefahaman Islam adalah agama progresif dan mencintai keamanan dan kemajuan, titah baginda pada majlis perasmian Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-52 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam semalam.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Seramai 77 peserta dari 47 negara mengambil bahagian dalam tilawah bertema Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah yang berlangsung selama lapan hari sehingga 3 Ogos depan.

Malaysia diwakili qari Wilayah Persekutuan, Wan Ainuddin Abdullah dan qariah Johor, Nor Azrah Ayub yang masing-masing muncul Johan qari dan qariah Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-53 yang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.
Johan tilawah akan menerima piala pusingan, piala iringan dan wang tunai sebanyak RM32,500 (AS$10,000) berserta cenderamata dan sijil penyertaan. Naib Johan pula akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM22,750 (AS$7,000) cenderamata dan sijil penyertaan.

Pemenang tempat ketiga pula akan menerima wang tunai sebanyak RM13,000 (AS$4,000), cenderamata dan sijil penyertaan, manakala bagi hadiah sagu hati pula peserta akan menerima RM4,875 (AS$1,500), cenderamata dan sijil penyertaan.

Tiga qari memperdengarkan bacaan masing-masing iaitu Abdelkrim Boudkik dari Morocco, Ndeye Seynabou Sarr (Senegal) dan Ashrara Muhammed Muneer Ahmed (India), malam semalam

No comments:

Post a Comment