sometimes better luaran je kafir tapi dalaman islam berbanding sebaliknya... klik imej.

sometimes better luaran je kafir tapi dalaman islam berbanding sebaliknya... klik imej.
bila si badot bersuara selepas world cup 2010, sometimes better luaran je kafir tapi dalaman islam berbanding sebaliknya & jepun/korea pun simbol agama jugak... klik imej. so apa kes jika penaja tuh firma judi, gay/lesbo, pelacuran, syarikat daging babi bukan hanya arak? yang penting adalah niat sebab kalau pakai songkok cam ngah gadot tapi munafik, apa barang!

Tuesday, August 3, 2010

SHAHRIZAT CAM FIRAUN SUKAR NAK MATI? SEBAB TUH BAGUS JADI SETAN... ITU PUN JIKA DAN TOBAT!

http://bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=518298


Peniaga air tebu nafi noda anak


2010/08/04
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SHAH ALAM: Seorang peniaga air tebu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tuduhan merogol anak kandungnya di sebuah kebun, tujuh tahun lalu.
Bagaimanapun, lelaki berusia 55 tahun itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di hadapan Hakim Latifah Mohd Tahar. Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol anaknya yang ketika itu berusia 11 tahun di Kebun Bumi Hijau Kundang, Rawang, dekat sini, kira-kira 8 malam pada Jun 2003.


Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh disebat minimum 10 sebatan, jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Akmalhana Mohammed, manakala tertuduh yang kelihatan tidak terurus tidak diwakili peguam.


Mahkamah menetapkan 13 September untuk sebutan lantik peguam.


Bapa tunggal lega
Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my
2010/08/04
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUANTAN: “Saya selalu berdoa kepada Tuhan supaya kebenaran akan terserlah dan akhirnya doa itu dimakbulkan apabila mahkamah tidak mensabitkan dengan tuduhan merogol,” kata penyelia tapak pembinaan, Hamdan Jonid, 31, yang lega selepas dilepas dan dibebaskan daripada tiga pertuduhan berkenaan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.
Mengikut kertas pertuduhan, Hamdan didakwa merogol seorang gadis bawah umur berusia 15 tahun di sebuah rumah di Taman Seri Mahkota Aman, di sini, jam 8 malam, 8 Mei 2009. Dia juga didakwa mengulangi kesalahan terbabit di tempat sama pada 9 dan 10 Mei 2009.


Bagi setiap kesalahan terbabit, Hamdan didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan (Pindaan 2006) dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.


Hakim Nor Adidah Ahmad yang melepas dan membebaskan tertuduh tanpa dipanggil membela diri memberi alasan mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.


Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How, manakala Hamdan diwakili peguam, Mohamed Sazali Abdul Aziz.


Hamdan yang juga bapa tunggal berkata, kehidupannya jadi tidak menentu sepanjang didakwa dengan kes terbabit sejak Mei tahun lalu kerana malu untuk berhadapan dengan masyarakat.


“Saya tidak menyangka niat untuk membantu gadis terbabit yang lari dari rumah bertukar menjadi tragedi paling buruk dalam hidup. Sejak dituduh dengan kes terbabit dunia seakan gelap dan saya juga merasakan seolah-olah seperti tiada harapan lagi.


“Malah, saya juga merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan keluarga kerana khuatir mereka bimbang,” katanya ketika ditemui di luar perkarangan mahkamah.


Menceritakan semula detik hitam itu, Hamdan berkata dia mengenali gadis terbabit yang melarikan diri dari rumahnya di Manjong, Perak ke daerah ini melalui rakan.


“Saya kemudian menghubungi keluarga gadis terbabit bagi memaklumkan anak mereka ada di Pahang dan meminta mereka datang menjemputnya pulang ke rumah semula.


“Namun, akibat tindakan saya itu mengundang kemarahan gadis terbabit yang tidak bersetuju pulang ke rumahnya sebelum dia membuat laporan polis mendakwa saya merogolnya,” katanya.

Hamdan yang kematian isteri berkata, dia kini mahu menumpukan perhatian menjaga dua anaknya berusia lima dan dua tahun selepas kanak-kanak itu dijaga keluarga mentua.

No comments:

Post a Comment