Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .
Syor benar pelajar kahwin awal perlu kajian mendalam: Dekan
2010/08/05
GEORGETOWN: Golongan profesional mahu kerajaan negeri Melaka mengkaji semula persetujuan bagi membenarkan pelajar berkahwin awal semata-mata untuk mengekang gejala hamil luar nikah.
Dekan Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Abdul Rashid Mohamed, berkata persetujuan itu perlu diperhalusi daripada aspek kebaikan dan keburukannya sebelum dilaksanakan.
"Sistem pendidikan negara kita memang tegas dan tidak membenarkan mana-mana pelajar yang hamil ke sekolah kerana itu melanggar peraturan sedia ada. Ibu bapa harus peka tentang perkara ini dan bagi kami golongan pendidik, ia tidak sepatutnya dilakukan secara mendadak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Persatuan Kaunselor Psikologi dan Pendidikan Asia Pasifik anjuran Pusat Pengajian Pendidikan USM di sini hari ini.
Persidangan tiga hari itu yang dihadiri pakar kaunseling dari 19 negara, akan membincangkan pelbagai topik berkaitan kesihatan mental dan kaunseling remaja.
Mengulas mengenai gejala sosial yang kian meruncing, Abdul Rashid berkata ia bukan masalah setempat malahan berlaku di kebanyakan negara dan belum ada jalan penyelesaiannya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment