sometimes better luaran je kafir tapi dalaman islam berbanding sebaliknya... klik imej.

sometimes better luaran je kafir tapi dalaman islam berbanding sebaliknya... klik imej.
bila si badot bersuara selepas world cup 2010, sometimes better luaran je kafir tapi dalaman islam berbanding sebaliknya & jepun/korea pun simbol agama jugak... klik imej. so apa kes jika penaja tuh firma judi, gay/lesbo, pelacuran, syarikat daging babi bukan hanya arak? yang penting adalah niat sebab kalau pakai songkok cam ngah gadot tapi munafik, apa barang!

Sunday, August 8, 2010

islam dah tak boleh pakai era kini so bersama2lah kita murtad? so tak berlakulah kes buang anak cam minah saleh!

e-mel anda: Keburukan lebih banyak


2010/08/09
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

BARU-baru ini, kerajaan negeri Melaka mengumumkan akan memberi kebenaran kepada remaja bawah 18 tahun untuk bernikah sebagai jalan bagi mengatasi masalah mengandung anak luar nikah dan pengguguran yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (Maim) mengumumkan bahawa Maim membenarkan remaja lelaki termasuk pelajar di bawah umur 18 tahun dan 16 tahun bagi pelajar perempuan untuk bernikah atas justifikasi boleh mengurangkan kes kelahiran bayi luar nikah di negeri itu yang sekali gus dikatakan mampu membendung kes zina yang semakin menular dewasa ini.


Mengikut Mohd Ali, kelonggaran itu hanya akan diberikan selepas mendapat keizinan dari Mahkamah Syariah selain restu keluarga. Tambahnya lagi, keputusan itu diumumkan setelah mengambil kira 391 kes gejala hamil dan melahirkan anak luar nikah yang dicatatkan di Melaka tahun lalu, selain 174 kes bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.


Penulis berpandangan cadangan ini ada logik dan rasionalnya terutama dari kaca mata pihak kerajaan negeri Melaka yang berhasrat membendung gejala terbabit, namun ia dilihat suatu cadangan yang kurang sesuai dan praktikal untuk diamalkan di Malaysia.


Kelulusan ini juga dilihat belum cukup ampuh untuk membendung gejala sosial yang sedang melanda remaja kita, malah ia dikhuatiri akan mencetuskan pelbagai lagi masalah susulan yang lebih negatif dan kritikal.


Antara masalah yang boleh timbul ialah gangguan terhadap pelajaran dan keraguan terhadap rasa tanggungjawab sebagai suami isteri atau ibu dbapa pada usia yang terlalu muda.


Seperti yang kita sedia maklum, remaja yang berumur bawah 18 tahun rata-ratanya masih berada di bangku sekolah, maka jika mereka dibenarkan untuk bernikah apakah jaminan bahawa masa depan pengajian mereka di sekolah tidak akan terjejas? Adakah mereka mampu memberi tumpuan kepada kecemerlangan akademik sambil menguruskan rumah tangga masing-masing? Apa pula peluang kerjaya bagi mereka yang gagal di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana hilang fokus ataupun yang gagal menamatkan pengajian kerana sudah berumahtangga? Siapa pula yang akan menanggung makan minum mereka serta segala perbelanjaan rumah tangga apatah lagi jika si isterinya mengandung dan melahirkan anak. Itu belum lagi soal masalah persekolahan pelajar perempuan terbabit yang terpaksa mengambil cuti bersalin. Semua senario dan persoalan ini menjurus kepada kesimpulan bahawa kebarangkalian untuk pasangan muda ini meninggalkan alam persekolahan sebelum tiba masanya ataupun gagal untuk mencapai prestasi yang cemerlang adalah cukup tinggi.


Satu lagi persoalan yang perlu diberi perhatian serius ialah apakah jenis sifat tanggungjawab yang boleh kita harapkan daripada pasangan suami isteri ataupun ibu dan bapa yang begitu muda, tiada pengalaman dan cetek ilmu rumah tangga seperti ini? Kita khuatir pasangan muda ini akan lebih tertekan dengan pelbagai dugaan alam rumah tangga jika dibenarkan bernikah pada usia yang terlalu muda.


Dalam hal ini adalah tidak wajar untuk kita menyamakan generasi zaman dulu yang memang berkahwin pada usia muda dan bahagia hingga ke anak cucu. Ini kerana zaman sudah berubah dan kita berada di zaman yang cukup berbeza, mencabar dan penuh berliku. Buktinya, statistik menunjukkan bilangan pasangan suami isteri Islam yang bercerai semakin meningkat dan membimbangkan semua pihak.


NOOR MOHAMAD SHAKIL HAMEED
Serdang, Selangor

No comments:

Post a Comment