sometimes better luaran je kafir tapi dalaman islam berbanding sebaliknya... klik imej.

sometimes better luaran je kafir tapi dalaman islam berbanding sebaliknya... klik imej.
bila si badot bersuara selepas world cup 2010, sometimes better luaran je kafir tapi dalaman islam berbanding sebaliknya & jepun/korea pun simbol agama jugak... klik imej. so apa kes jika penaja tuh firma judi, gay/lesbo, pelacuran, syarikat daging babi bukan hanya arak? yang penting adalah niat sebab kalau pakai songkok cam ngah gadot tapi munafik, apa barang!

Wednesday, October 27, 2010

GARA2 INDON TAKUT MAU BUNUH CUT TARI & ARIEL?

'Berlaku sekelip mata'
Oleh Ahmad Tajol Ansar Ibrahim
ahmadtajol@hmetro.com.my KUALA LUMPUR: “Segalanya berlaku sekelip mata...tak ubah seperti filem letusan gunung berapi yang biasa kita tonton,” kata Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Indonesia, Datuk Dr Junaidy Abu Bakar yang melalui sendiri detik cemas selepas Gunung Merapi tiba-tiba meletus ketika dia dalam perjalanan untuk memindahkan pelajar Malaysia di Secang, Magelang, petang kelmarin.

Katanya, kira-kira 10 minit sebelum letusan, berlaku hujan lebat diikuti letusan pertama mengeluarkan debu panas dan dianggarkan suhu debu lahar gunung berapi itu mencecah antara 400 hingga 600 darjah Celcius.


“Keadaan menjadi lebih teruk apabila hujan lebat itu disertai lumpur kesan letusan berkenaan menyebabkan penduduk sekitar mengalami kesukaran untuk bernafas selepas lumpur turut mengeluarkan bau sulfur yang kuat dan busuk,” katanya. Beliau yang keluar dari kenderaan untuk merasai sendiri pengalaman berada dalam suasana itu pada awalnya turut mengalami sesak nafas selepas ruang udara di lokasi berhampiran Gunung Merapi itu dipenuhi debu menyebabkan dia kembali ke dalam kenderaannya.


Harian Metro difahamkan jarak penglihatan juga menjadi terhad iaitu antara 10 hingga 15 meter.



Malah beliau yang berada berhampiran dengan lokasi yang dikenali ‘zero point’ atau kawasan Gunung Merapi berkenaan turut memaklumkan kesan dari hujan lumpur akibat letusan berpanjangan dilaporkan mencakupi sehingga 300 hingga 400 kilometer membabitkan beberapa lokasi di Jawa Barat. Junaidy berkata, semua 37 pelajar yang menuntut di sebuah pesantren itu berjaya dipindahkan bermula jam 12 tengah malam sebelum berakhir jam 3 pagi.


“Semua pelajar terbabit kini ditempatkan di sebuah motel di Solo yang jaraknya kira-kira 65 kilometer dari zero point yang dijadikan pusat transit sementara. “Urusan pemindahan lebih lancar apabila sepasukan 26 pelajar sukarelawan Malaysia yang mengambil kursus kedoktoran di sini turut membantu,” katanya.

No comments:

Post a Comment