Serangan fizikal, rohani gugat masyarakat Islam
Oleh Faiza Zainudin
2010/07/28
KUALA LUMPUR: Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin melahir perasaan dukacita apabila umat Islam diancam dengan pelbagai serangan fizikal serta rohaniah dalam dunia pasca moden ini.Baginda bertitah, isu Islamofobia yang meracuni masyarakat dunia terutama di kalangan masyarakat bukan Islam perlu ditangani dengan segera.
Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Seramai 77 peserta dari 47 negara mengambil bahagian dalam tilawah bertema Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah yang berlangsung selama lapan hari sehingga 3 Ogos depan.
Malaysia diwakili qari Wilayah Persekutuan, Wan Ainuddin Abdullah dan qariah Johor, Nor Azrah Ayub yang masing-masing muncul Johan qari dan qariah Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-53 yang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.
Johan tilawah akan menerima piala pusingan, piala iringan dan wang tunai sebanyak RM32,500 (AS$10,000) berserta cenderamata dan sijil penyertaan. Naib Johan pula akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM22,750 (AS$7,000) cenderamata dan sijil penyertaan.
Pemenang tempat ketiga pula akan menerima wang tunai sebanyak RM13,000 (AS$4,000), cenderamata dan sijil penyertaan, manakala bagi hadiah sagu hati pula peserta akan menerima RM4,875 (AS$1,500), cenderamata dan sijil penyertaan.
Tiga qari memperdengarkan bacaan masing-masing iaitu Abdelkrim Boudkik dari Morocco, Ndeye Seynabou Sarr (Senegal) dan Ashrara Muhammed Muneer Ahmed (India), malam semalam
No comments:
Post a Comment