Shahrizat cadang Pemandu kaji kaedah terbaik tangani masalah buang bayi
2010/07/30
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Berikutan masalah pembuangan bayi yang semakin serius kebelakangan ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) bercadang untuk meminta Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) Jabatan Perdana Menteri untuk membuat kajian menyeluruh mengenai kaedah terbaik menangani isu berkenaan sebelum ia menjadi semakin parah.
Menurutnya, jumlah kes pembuangan bayi semakin meningkat setiap hari meskipun kerajaan melancarkan pelbagai kempen dan aktiviti untuk menyedarkan masyarakat.
“Saya akan membawa isu ini sekali lagi ke mesyuarat Kabinet untuk kelulusan jemaah menteri termasuk mengemukakan cadangan agar Pemandu menubuhkan makmal untuk merangka pelan penyelesaian yang sesuai,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Mengenai Isu Pembuangan Bayi di ibu pejabat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini, semalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment