Kopi Luwak tak haram
2010/07/21
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
JAKARTA: Badan Tinggi Agama Islam di Indonesia, semalam membatalkan cadangan untuk mengharamkan minuman kopi termahal di dunia yang dihasilkan daripada najis musang.
Sebelum ini badan berkenaan bercadang mengeluarkan fatwa bagi mengharamkan umat Islam negara itu meminum sejenis kopi yang diperbuat daripada biji kopi yang terhasil daripada najis musang.
“Selepas perbincangan, MUI memutuskan tidak haram untuk umat Islam Indonesia meminum kopi Luwak,” kata Pengerusi Majlis Ulama Indonesia (MUI), Ma’ruf Amien dalam satu sidang media.
“Tidak haram kerana yang penting anda perlu mencuci biji kopi berkenaan bagi membersihkan najis musang itu,” katanya.
Kopi Luwak terhasil apabila biji kopi yang ranum dimakan musang terlebih dahulu sebelum dicernakan haiwan itu dan najisnya kemudian dipanggang.
Menurut Persatuan pengeluar kopi Indonesia, biji kopi Luwak dijual pada harga AS$500 (RM1,600) setiap kilogram (kg) dan hanya 200kg dihasilkan setiap tahun di seluruh dunia. - AFP
No comments:
Post a Comment