Majlis Ulama Indonesia mahu haramkan kopi najis musang
2010/07/20
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) mungkin mengharamkan pengambilan kopi paling mahal di dunia - dikenali sebagai kopi luwak - yang dihasilkan daripada biji kopi keluar bersama najis musang.
Pemangku ketua MUI, Maruf Amien, berkata tahap kebersihan kopi itu diragukan selepas biji kopi itu dimakan musang dan terhadam di usus haiwan itu seketika sebelum dibuang sebagai najis.
Disebabkan rasanya yang lazat, kadang-kadang harga pasaran bagi kopi luwak boleh mencecah RM1,419 sekilogram.
Kata Maruf, sepatutnya tiada masalah dengan fatwa yang akan dikeluarkan itu.
“Jika petani membersihkan terlebih dulu biji kopi berkenaan sebelum ia dikisar, maka ketika itu ia halal,” katanya. - AP
No comments:
Post a Comment