Wednesday, July 28, 2010
akhirnya pelan jew berjaya dengan bantuan SPIN ‘Ya, Saya Boleh’ BUAT MAKSIAT DENGAN LEBIH TENANG LEPAS NIH... MENGANJURKAN KEMPEN TANPA MALU + TAKUT!?
Rancang hamil
Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my
2010/07/29
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Bagi menangani isu pembuangan bayi yang semakin berleluasa dan kehamilan tidak dirancang oleh golongan muda yang tidak berkahwin, Majlis Pencegahan Hamil Asia Pasifik melancarkan kempen ‘Ya, Saya Boleh’ dalam menggalakkan wanita muda mengambil pil perancang keluarga.
Ahli Majlis Pencegahan Hamil Asia Pasifik, Prof Jamiyah Hassan berkata, kempen itu bertujuan memperkasakan wanita untuk membuat pilihan mengenai kesihatan seksual dan mencegah hamil berasaskan pengetahuan serta pendidikan.
Katanya, kempen itu juga mengelak kehamilan tidak dirancang oleh golongan muda, sekali gus dapat menangani kes pembuangan bayi dengan menggalak mereka mengambil pil pencegahan kehamilan.
“Pil perancang keluarga penting bagi memberi peluang kepada wanita merancang kehamilan sekiranya tidak bersedia menerima bayi dalam hidup mereka.
“Kita tidak mahu kehamilan yang tidak dirancang ini memberi kesan emosi kepada wanita seterusnya membuat keputusan drastik membuang bayi yang tidak berdosa,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian kempen ‘Ya, Saya Boleh ’ yang dirasmikan Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman, di Sunway Pyramid, di sini, semalam.
Hadir sama, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Pusat Perubatan Primanora, Datuk Dr Nor Ashikin Mokhtar serta Presiden Persatuan Obstetrik dan Sakit Puan Malaysia (OGSM), Dr Mohamad Farouk Abdullah.
Kempen itu mendapat kerjasama OGSM dan Persekutuan Persatuan Kesihatan Reproduktif Malaysia (FRHAM) dengan gabungan Bayer Schering Pharma Malaysia.
Jamiyah berkata, pil itu baik untuk kesihatan wanita kerana menawarkan pelbagai manfaat kesihatan tambahan kepada mereka termasuk mengawal jerawat dan senggugut atau gejala sebelum haid.
“Kempen ini dapat mendidik wanita muda menangani kehamilan tidak dirancang dengan menggalak perbincangan secara terbuka antara mereka dengan pakar penjagaan kesihatan profesional.
“Dengan kesedaran dan pendidikan kesihatan seksual serta pencegahan hamil membantu mengurangkan wanita hamil tidak dirancang serta kes buang bayi di negara ini,” katanya.
Menurut Jamiyah, kempen berkenaan akan berakhir November ini dengan mengadakan peraduan cabaran, ‘Ya, Saya Boleh’ dalam menggalakkan sokongan golongan muda untuk menyertainya dengan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.
http://www.google.com.my/#hl=en&source=hp&q=Majlis+Pencegahan+Hamil+Asia+Pasifik&btnG=Google+Search&aq=f&aqi=&aql=&oq=&gs_rfai=&fp=ecbd7185f432dd30
http://www.google.com.my/#hl=en&q=Persatuan+Obstetrik+dan+Sakit+Puan+Malaysia+%28OGSM%29&aq=&aqi=&aql=&oq=&gs_rfai=&fp=ecbd7185f432dd30
http://www.google.com.my/#hl=en&q=Pusat+Perubatan+Primanora&aq=&aqi=&aql=&oq=&gs_rfai=&fp=ecbd7185f432dd30
http://www.google.com.my/#hl=en&q=Bayer+Schering+Pharma+Malaysia&aq=&aqi=&aql=&oq=&gs_rfai=&fp=ecbd7185f432dd30
http://www.google.com.my/#hl=en&q=Persekutuan+Persatuan+Kesihatan+Reproduktif+Malaysia+%28FRHAM%29&aq=&aqi=&aql=&oq=&gs_rfai=&fp=ecbd7185f432dd30
http://www.google.com.my/#hl=en&q=Lembaga+Penduduk+dan+Pembangunan+Keluarga+Negara+%28LPPKN%29&aq=&aqi=&aql=&oq=&gs_rfai=&fp=ecbd7185f432dd30
http://www.google.com.my/#hl=en&q=ogsm+malaysia&aq=1&aqi=g3g-s1g5g-s1&aql=&oq=OGSM&gs_rfai=&fp=ecbd7185f432dd30
http://www.google.com.my/#hl=en&q=Asia-Pacific+Council+on+Contraception+%28APCOC%29&aq=f&aqi=&aql=&oq=Asia+Pasific+pregnant+council&gs_rfai=&fp=ecbd7185f432dd30
STANDBY MAKAN, MANA TAU KENA ROGOL, TAK LAH NGANDONG! HAHA... GILA, KAN MEREKA PRO ZIONIS NIH?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment