sometimes better luaran je kafir tapi dalaman islam berbanding sebaliknya... klik imej.

sometimes better luaran je kafir tapi dalaman islam berbanding sebaliknya... klik imej.
bila si badot bersuara selepas world cup 2010, sometimes better luaran je kafir tapi dalaman islam berbanding sebaliknya & jepun/korea pun simbol agama jugak... klik imej. so apa kes jika penaja tuh firma judi, gay/lesbo, pelacuran, syarikat daging babi bukan hanya arak? yang penting adalah niat sebab kalau pakai songkok cam ngah gadot tapi munafik, apa barang!

Saturday, December 18, 2010

BERANI KERANA SALAH...

Berani mengaku gay

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: “Saya....., umur saya 32 tahun. Saya mengambil masa yang agak lama untuk mengenali diri saya, untuk meyakini diri saya seorang gay dan akhirnya saya berani menyatakan saya seorang gay kepada orang lain,” demikian antara luahan ‘berani mati’ seorang lelaki dalam rakaman video pendek di YouTube yang turut tersebar di beberapa laman web lain.

Video bertajuk It Gets Better In Malaysia: ‘Saya Gay, Saya OK’ dengan durasi 2.42 minit itu dihasilkan oleh ‘Seksualiti Merdeka’ sebagai kempen untuk golongan seperti gay dan lesbian.


Ia mula disiarkan di YouTube Rabu lalu. Lelaki itu adalah seorang daripada peserta kempen berkenaan. Perbuatan umpama ‘menjolok sarang tebuan’ itu ternyata menimbulkan kemarahan di kalangan penduduk negara ini, terutama yang beragama Islam.

Di YouTube saja, setakat semalam, lebih 38,000 orang sudah menontonnya dengan lebih 600 komen diterima, kebanyakannya mengutuk penyiaran video pendek itu. Selain mengaku gay, lelaki terbabit antara lain mengakui agak sukar untuk menjadi seorang gay di negara ini kerana faktor agama dan budaya.


“Memang tidak dinafikan agak sukar untuk menjadi seorang gay di Malaysia lebih-lebih lagi kita seorang Melayu kerana faktor agama dan budaya banyak mencorakkan kehidupan kita dan memberitahu apa yang kita boleh jadi dan apa yang kita tidak boleh jadi,” katanya.


Sementara itu, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria membidas pengakuan lelaki itu.

“Jika dia sedar dirinya seorang Islam dan berbangsa Melayu, dia tidak seharusnya membuat pendedahan sebegitu rupa. Hakikatnya, dia menjatuhkan maruah sendiri dan merendahkan diri secara khas dan Islam secara umumnya.


Di Alor Setar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memantau kegiatan kumpulan pengamal seks songsang, termasuk gay yang kini semakin berani mempromosikan gaya hidup itu secara terbuka di alam siber.

Beliau berkata, kegiatan tidak sihat itu perlu dipantau dan diambil tindakan tegas kerana perbuatan kumpulan terbabit boleh mencemarkan kesucian agama Islam dan dikhuatiri ramai di antara mereka yang lemah pegangan agama mudah terpengaruh,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Antarabangsa HR Marketing dan Jom Cegah Dadah, semalam.

No comments:

Post a Comment