sometimes better luaran je kafir tapi dalaman islam berbanding sebaliknya... klik imej.

sometimes better luaran je kafir tapi dalaman islam berbanding sebaliknya... klik imej.
bila si badot bersuara selepas world cup 2010, sometimes better luaran je kafir tapi dalaman islam berbanding sebaliknya & jepun/korea pun simbol agama jugak... klik imej. so apa kes jika penaja tuh firma judi, gay/lesbo, pelacuran, syarikat daging babi bukan hanya arak? yang penting adalah niat sebab kalau pakai songkok cam ngah gadot tapi munafik, apa barang!

Sunday, November 21, 2010

ada bagusnya jugak puak iran nih...

Gadis Iran digalak kahwin pada usia 16 tahun

TEHERAN: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad menggesa gadis negara itu berkahwin pada usia 16 tahun.

Ia langkah terbaru Mahmoud dalam menolak program merancang keluarga Iran yang sebeluma ini begitu berkesan, lapor akhbar negara itu, semalam.


Berikutan kadar kelahiran yang tinggi selepas revolusi Islam pada 1979, negara itu melaksanakan program merancang keluarga yang mendapat pujian di peringkat antarabangsa pada 1990-an. Ia berjaya mengurangkan kadar kelahiran negara itu. Bagaimanapun, Mahmoud menyelarnya dan menyifatkan program itu diimport dari Barat dan bertentangan dengan Islam.


“Kita perlu menggalakkan remaja lelaki berkahwin pada usia 20 tahun dan gadis pada umur kira-kira 16 dan 17 tahun,” katanya yang dipetik oleh akhbar milik kerajaan, Jam-e-Jam.


Menurut Mahmoud, usia perkahwinan remaja Iran kini meningkat kepada 26 di kalangan lelaki dan 24 di kalangan wanita.


Sejak berkuasa pada 2005, Presiden Iran itu berusaha menambah bilangan penduduk Iran yang kini berjumlah 75 juta dengan sepertiga daripadanya berusia antara 15 dan 30 tahun.



Julai lalu, beliau melancarkan dasar baru menggalakkan pertumbuhan penduduk dengan menawarkan insentif kewangan kepada setiap bayi yang dilahirkan. - Agensi

No comments:

Post a Comment