sometimes better luaran je kafir tapi dalaman islam berbanding sebaliknya... klik imej.

sometimes better luaran je kafir tapi dalaman islam berbanding sebaliknya... klik imej.
bila si badot bersuara selepas world cup 2010, sometimes better luaran je kafir tapi dalaman islam berbanding sebaliknya & jepun/korea pun simbol agama jugak... klik imej. so apa kes jika penaja tuh firma judi, gay/lesbo, pelacuran, syarikat daging babi bukan hanya arak? yang penting adalah niat sebab kalau pakai songkok cam ngah gadot tapi munafik, apa barang!

Friday, December 17, 2010

SO PANDANGLAH TINGGI DENGAN PENUH HORMAT... LOL! DAH BODOH SANGAT KE APA MASYARAKAT AKHIR ZAMAN NIH?

'Usah pandang rendah'
Oleh Shanty Nur Shaffizan Shafee
shantynur@hmetro.com.my KUALA LUMPUR: Mentaliti masyarakat memandang rendah wanita yang mengandung anak tidak sah taraf harus diubah bagi membantu mereka membuat keputusan yang rasional, sekali gus menangani kes pembuangan bayi.

Pakar Psikologi Kanak-kanak dan Remaja Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Khaidzir Ismail berkata, ini kerana wanita atau remaja yang mengandung itu takut, trauma serta keliru untuk membuat keputusan apatah lagi jika berhadapan dengan persepsi negatif masyarakat.


“Minda masyarakat hari ini perlu diubah untuk membantu golongan seperti ini. “Mereka harus memberi peluang untuk mangsa berubah, sekali gus menyelamatkan bayi yang dikandung itu.


“Ini bukan bermakna kita menggalakkan mereka melakukan perkara terkutuk, tetapi bantu dengan memberi kekuatan seperti mencarikan rumah perlindungan atau badan bukan kerajaan (NGO) yang dapat menyelamatkan bayi dan menolong mangsa kembali ke pangkal jalan,” katanya yang dihubungi semalam.


Dr Khaidzir mengulas kes seorang kaki pancing yang menangis teresak-esak apabila menyedari terlanggar mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan yang disangka sampah di pelantar Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di tebing Sungai Johor, Kota Tinggi, Johor kelmarin.


Sementara itu penceramah bebas, Ustaz Mohd Fauzi Mustafa berkata, keluarga memainkan peranan penting apabila mengetahui ada ahli mereka yang mengandung anak tidak sah taraf.



“Saya yakin apabila mangsa mengandung, mesti ada pihak ketiga yang tahu. Memang mangsa bersalah kerana berzina, tetapi anak yang dikandung tidak berdosa. “Beri perhatian dan ikut perkembangannya sehingga bayi itu lahir kerana Allah memuliakan mereka yang menyelamatkan nyawa manusia lain.


“Bagi keluarga yang malu dengan perbuatan seperti itu, hendaklah terima kerana ia takdir dan ujian Allah untuk menguji kekuatan iman kedua ibu bapa mendapat cucu luar nikah, namun jangan disisihkan anak itu bagi mengelak dia tertekan, sekali gus sanggup membuang bayi itu,” katanya ketika dihubungi.


Katanya, berdasarkan pengalamannya mengendalikan kes seperti ini kebiasaannya teman lelaki mangsa yang sering mendesak menyuruh membuang bayi itu.


“Walaupun mengandung anak luar nikah salah, namun dalam Islam, taraf ibu adalah sah cuma tidak mengiktiraf bapa. Naluri keibuan tidak tergamak membuang apatah lagi membunuh anak kandungnya sendiri kecuali didesak apatah lagi diberi janji manis oleh teman lelaki yang konon akan mengahwininya.


“Cari rumah perlindungan yang dapat membantu menyelamatkan kehidupan mangsa serta anaknya. “Jangan ditambah satu dosa lagi dengan membunuh apatah lagi membunuh anak kandung sendiri,” katanya yang mencadangkan satu talian khas diwujudkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membantu kes seperti itu.

No comments:

Post a Comment