Rakyat tentukan mansuh rotan
Oleh Oleh Magendran Rajagopal dan Lum Chee Hong
bhnews@bharian.com.my
2010/12/10
Konvensyen antarabangsa perlu dikaji sebelum diguna pakai: Peguam NegaraPUTRAJAYA: Kehendak rakyat wajib dijadikan asas sebelum kerajaan memutuskan mengiktiraf dan menandatangani mana-mana konvensyen antarabangsa supaya ia serasi dengan keadaan semasa negara selain mahu diamal pakai serta boleh diterima masyarakat umum.
Selasa lalu, Amnesty International mengesyorkan supaya hukuman rotan dimansuhkan terhadap pesalah di negara ini atas alasan ia mencabul hak asasi manusia, sekali gus mencadangkan kerajaan mengiktiraf konvensyen itu.
“Saya tak menyalahkan apa-apa dalam konvensyen itu kerana ia adalah konvensyen yang baik, tetapi kita perlu tangguhkan pengiktirafannya kerana harus dikaji dan melakukan pindaan undang-undang selain menangani masalah berkaitan pentadbiran, termasuk amalan yang perlu diubah.
“Hakikatnya, kita tidak boleh sewenang-wenangnya meratifikasikan (mengiktiraf) sebarang konvensyen. Kalau kita iktiraf, ia mesti diamal pakai mengikut prosedur ditetapkan dan kita perlu pastikan sama ada ini yang orang ramai mahukan.
“Kalau masyarakat kita berpendapat hukuman seperti sebatan atau gantung masih perlu bagi mengekang jenayah berat, kerajaan perlu mendengar suara mereka," katanya kepada Berita Harian.
Abdul Gani menjelaskan undang-undang atau konvensyen bagi sesebuah negara perlu digubal mengikut acuannya sendiri berdasarkan kehendak rakyatnya dan persamaan yang wujud boleh diguna pakai bersama, tetapi apabila wujud percanggahan, kemahuan rakyat negara sendiri harus diutamakan.
Beliau menggesa pihak yang mendesak kerajaan mengiktiraf Resolusi 39/46 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 10 Disember 1984 itu supaya meneliti ayat terakhir perenggan pertama Artikel 1, Bahagian 1 sebelum menegur kerajaan.
Perenggan itu menjelaskan istilah ‘seksa’ sebagai sebarang tindakan yang mendatangkan sakit atau penderitaan sama ada berbentuk fizikal mahupun mental.
Sengaja dikenakan terhadap seseorang untuk tujuan mendapatkan maklumat atau pengakuan daripada mangsa atau pihak ketiga. Menghukumnya bagi sebarang kelakuan yang dilakukan oleh mangsa atau pihak ketiga.
http://www.sinarharian.com.my/sh/com/content/story8502596.asp
ReplyDelete