sometimes better luaran je kafir tapi dalaman islam berbanding sebaliknya... klik imej.

sometimes better luaran je kafir tapi dalaman islam berbanding sebaliknya... klik imej.
bila si badot bersuara selepas world cup 2010, sometimes better luaran je kafir tapi dalaman islam berbanding sebaliknya & jepun/korea pun simbol agama jugak... klik imej. so apa kes jika penaja tuh firma judi, gay/lesbo, pelacuran, syarikat daging babi bukan hanya arak? yang penting adalah niat sebab kalau pakai songkok cam ngah gadot tapi munafik, apa barang!

Wednesday, December 22, 2010

no dokumen kira tak sah so orang dulu2 nikah kira berzina? wa tak sabar nak berjoget bila perang dunia ke 3 benar2 berlaku! hanya ini akan insafkan...

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1223&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

4 comments:

  1. Perkahwinan tidak sah

    KOTA BHARU: “Mahkamah mendapati tuntutan ini (mufarakah) tidak ada asas bagi membatalkan perkahwinan kerana tidak mempunyai surat nikah selain hanya dakwaan plaintif mengenai pernikahan itu.

    “Wali mujbir boleh mengahwinkan anaknya, persoalannya adakah perkahwinan mereka sah atau tidak dari hukum syarak. Dalam hal ini, wali tidak ada niat untuk mengahwinkan anaknya dan didapati pernikahan itu ada unsur penipuan, paksaan dan ugutan,” kata Hakim Abdullah Man di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.


    Abdullah berkata demikian sejurus membuat keputusan berhubung pernikahan antara kanak-kanak 11 tahun yang dikahwinkan bapanya dengan pemimpin sebuah kumpulan tabligh, Shamsuddin Che Deraman, 41, tidak sah mengikut hukum syarak.


    Keputusan itu dibuat Abdullah selepas mengambil kira pelbagai perkara termasuk faktor usia kanak-kanak terbabit yang masih kecil kerana masih berusia 11 tahun, tidak tahu tanggungjawab dan menentang perkahwinan itu.


    “Shamsuddin (Sudin Ajaib) yang berkahwin dengan kanak-kanak itu sudah mempunyai isteri ramai manakala Sudin tidak bekerja. Saksi-saksi yang terbabit dalam pernikahan itu pula tanpa kerelaan, selain tidak mempunyai surat nikah.


    “Dalam kes ini, defendan dakwa menikahkan anaknya sebanyak dua kali. Pertamanya pernikahan di sebuah madrasah Pakistan di Machang dan keduanya berlaku di sebuah hotel di Berek 12, Kota Bharu,” katanya.



    Beliau berkata, sepanjang kes berlangsung, plaintif, Siti Sarnan Mat Ail, 42 membawa dua saksi, namun saksi kedua, Rohana Ibrahim, 34, yang juga isteri Shamsuddin saja dapat membantu mahkamah manakala saksi pertama, Ramli Mat Ail, 50, sebaliknya.


    “Mengikut keterangan saksi kedua, Shamsuddin sudah mempunyai tiga isteri dan mengikut jemaah tabligh. Perkahwinan dengan kanak-kanak itu diketahui selepas dihubungi Siti Sarnan yang menghubunginya mengenai perkara itu (pernikahan).


    “Rohana mengesahkan suaminya itu tidak mempunyai kerja tetap, selain tidak tahu ke mana lelaki berkenaan berada, namun bersetuju dengan tuntutan mufarakah dikemukakan ibu kanak-kanak terbabit,” katanya.


    Abdullah yang membuat keputusan itu berkata, wali ketika memberi keterangan di mahkamah adalah seorang yang betul dan tidak pandai beralasan.


    “Wali seolah-olah tidak mempunyai pegangan dan mengikut apa saja disuruh. Ini dijelaskan wali ketika mengemukakan permohonan untuk mufarakah terhadap anaknya itu di mahkamah.


    “Sedangkan dia sendiri tidak ada niat untuk mengahwinkan anak kecilnya itu. Mahkamah dengan itu membuat keputusan perkahwinan ini tidak sah mengikut hukum syarak dan undang-undang mengikut Tatacara Mal,” katanya.


    Terdahulu pada prosiding bermula jam 9.45 pagi, peguam Mohd Zaki Zainal Abidin yang mewakili Siti Sarnan mengesahkan kehadiran anak guamnya bersama defendan pertama, Hussin Salleh@Mat Salleh, 54.


    Sebelum membacakan keputusan, Abdullah membentangkan kronologi kes dibicarakan di depannya apabila mengesahkan Siti Sarnan memfailkan tuntutan mufarakah antara anaknya dengan Shamsuddin Che Deraman, 41.


    “Plaintif memfailkan kes bagi pihak anaknya yang dikatakan dikahwinkan dengan Shamsuddin pada 19 Februari lalu di sebuah madrasah Pakistan di Machang. Mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes ini,” katanya.

    FUNDEMENTALIST: TIADA NIAT PUN SAH! UNSUR PENIPUAN? KE TAKUT DENGAN SHAHRIZAT & THE GENG... DOA JER SEBAB INSAN TERANIYA MAKBUL. TAK SERIK2 LAGI WATI KENA BBQ? NAK PANGGANG SELURUH meLAYU KOT... HANYA 2 TAHUN LAGI!

    ReplyDelete
  2. >Bapa lega anak bebas daripada ikatan

    KOTA BHARU: “Insya-Allah, saya akan lebih berhati-hati dengan sebarang dakyah yang sampai kepada saya. Nasihat kepada orang lain supaya tidak mudah terjebak dengan perkara sebegini kerana menyusahkan diri sendiri dan masyarakat,” kata Hussin Salleh, 54.

    Bapa kepada kanak-kanak 11 tahun yang dikahwinkan dengan pemimpin sebuah kumpulan tabligh, Shamsuddin Che Deraman, 41, atau Sudin Ajaib, berkata demikian selepas pernikahan terbabit diputuskan tidak sah.


    Dia yang ditemui di luar mahkamah bersama isterinya, Siti Sarnan Mat Ail, 42, melahirkan perasaan gembira dengan keputusan dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hakim Syarie Abdullah Man, kira-kira jam 9.55 pagi semalam.


    Mengulas lanjut mengenai pernikahan terbabit, Hussin berkata, dia tidak menyangka diperdayakan dan didesak mengahwinkan anak perempuannya itu dengan Sudin Ajaib..


    “Saya memang tidak ada niat untuk menikahkan anak. Dengan tiba-tiba terjadi (pernikahan). Saya ni diperdayakan dan didesak supaya menikahkan anak saya dengan Shamsuddin. “Pada saya mungkin mereka sudah rancang lebih awal supaya dapat juga nikahkan anak dengan Shamsuddin. Itu saya anggap satu komplot,” katanya yang turut mengiringi anaknya keluar dari mahkamah.


    Katanya, dia bersyukur kerana anaknya bebas daripada Shamsuddin dan dapat hidup bersama keluarga.



    “Alhamdulillah, anak saya bebas daripada Sudin Ajaib. Mungkin anak saya tidak dapat duduk selesa dan sebagainya, tidak dapat berjumpa dengan ibu bapa dan keluarga, jika bersama Sudin. Jadi sekarang, dia boleh belajar dengan elok dan berjalan bersama kami ke sana ke mari,” katanya.


    Berkongsi perasaan gembira bercampur sedih, ibu kanak-kanak itu, Siti Sarnan, berkata dia tidak mahu menoleh ke belakang, selain mengharapkan supaya anaknya itu mendapat pendidikan sempurna.

    ReplyDelete
  3. Pernikahan Sudin Ajaib tidak sah: Mahkamah
    Oleh Betty Subaryati

    2010/12/23
    Wujud unsur penipuan, tak patuhi hukum syarak

    KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam, mendapati pernikahan pemimpin jemaah tabligh, Shamsuddin Che Deraman, 42, atau Sudin Ajaib, dengan budak perempuan berusia 11 tahun sebagai isteri keempatnya pada Februari lalu sebagai tidak sah.

    Pernikahan yang didakwa dilangsungkan Sudin Ajaib dengan budak perempuan itu didapati mempunyai unsur penipuan, paksaan serta ugutan, selain tidak mematuhi hukum syarak serta tata cara mal undang-undang Islam. Berikutan elemen yang dikenal pasti Mahkamah Tinggi Syariah itu, Hakim Syarie, Abdullah Man, mendapati ibu budak perempuan terbabit, Siti Sarnan Mat Ail, 42, tidak mempunyai asas membuat tuntutan mufarakah terhadap pernikahan itu. Abdullah berhujah, tuntutan mufarakah itu tidak timbul kerana perkahwinan Sudin terbatal kerana pasangan itu tidak mempunyai surat nikah, selain pernikahan berlangsung hanya dakwaan pihak plaintif.

    Dalam hal ini, bapa budak perempuan sebagai wali mujbir boleh mengahwinkan anaknya. Namun persoalannya, adakah perkahwinan itu sah atau tidak mengikut hukum syarak.

    Dalam hal ini, wali tidak ada niat untuk mengahwinkan anaknya dan didapati pernikahan itu ada unsur penipuan, paksaan dan ugutan, hujahnya.

    Sebelum membacakan keputusan, Abdullah membentangkan kronologi kes yang dibicarakan itu apabila mengesahkan Siti Sarnan memfailkan tuntutan mufarakah antara anaknya dengan Shamsuddin pada 11 Mac lalu.
    Abdullah berkata, mahkamah mendapati bapa budak perempuan itu ketika memberi keterangan adalah seorang yang lurus dan tidak pandai beralasan.

    Wali seolah-olah tidak mempunyai pegangan dan mengikut apa saja telunjuk yang disuruh. Ini dijelaskan wali ketika mengemukakan permohonan mufarakah terhadap anaknya di mahkamah.

    Sedangkan dia sendiri tidak ada niat untuk mengahwinkan anak kecilnya itu. Oleh itu, mahkamah memutuskan, perkahwinan ini tidak sah mengikut hukum syarak dan tata cara mal Undang-Undang Islam, katanya.

    Sementara itu, Siti Sarnan melahirkan rasa syukur terhadap keputusan mahkamah dan penyelesaian isu membabitkan pernikahan anak perempuan mereka itu.

    Insya-Allah, saya akan lebih berhati-hati dengan sebarang dakyah yang sampai kepada saya. Nasihat kepada orang lain supaya tidak mudah terjebak dengan perkara sebegini kerana menyusahkan diri sendiri dan masyarakat, katanya

    ReplyDelete
  4. Syariah court: Girl was never married
    2010/12/22
    By Sulaiman Jaafar
    news@nst.com.myShare |


    KOTA BARU: The Syariah High Court yesterday declared the marriage of a 11-year-old girl to a religious group member known Sudin Ajaib in February as invalid.

    Judge Abdullah Man said the marriage of Sudin, whose real name is Shamsuddin Che Deraman, and the girl, Siti Zubaidah Hussin, as his fourth wife never took place as there were elements of cheating, force and threat.

    Abdullah was hearing an application by Siti Zubaidah's mother, Siti Sarnan Mat Ail, 42, filed on March 11 to separate (mufarakah) the couple.


    The marriage caused an uproar after the child's family reported it to the authorities. Sudin had run off with Siti Zubaidah after the marriage on Feb 19 and she was found several days later in Sungai Buloh, Selangor.


    The judge said the separation issue did not arise as the marriage between Sudin and Siti Zubaidah was null and it was just an allegation by the mother.

    "Hussin (Hussin Salleh) as the father of the child can solemnise her marriage. But in this case, the question arises whether the marriage is legal or according to Islamic law.


    "The father has no intention of solemnising the marriage of his daughter and at the same time there were elements of cheating, force and threat," he said.

    Siti Sarnan was present in court with Hussin and their daughter.

    After the proceeding, she said her family was relieved with the decision.


    "We want to forget all that has happened and focus on giving her a good education.

    "I have no grudge against Sudin and his friends but I hope they are more responsible towards their families."



    Read more: Syariah court: Girl was never married http://www.nst.com.my/nst/articles/7din/Article#ixzz18uTXI23p

    ReplyDelete