sometimes better luaran je kafir tapi dalaman islam berbanding sebaliknya... klik imej.

sometimes better luaran je kafir tapi dalaman islam berbanding sebaliknya... klik imej.
bila si badot bersuara selepas world cup 2010, sometimes better luaran je kafir tapi dalaman islam berbanding sebaliknya & jepun/korea pun simbol agama jugak... klik imej. so apa kes jika penaja tuh firma judi, gay/lesbo, pelacuran, syarikat daging babi bukan hanya arak? yang penting adalah niat sebab kalau pakai songkok cam ngah gadot tapi munafik, apa barang!

Monday, March 14, 2011

SPINner leh cakap apa?

Saida tetap mahu cerai

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Dengan alasan sudah tiada persefahaman, penyanyi Saida masih dengan pendiriannya ingin bercerai walaupun suaminya masih berhasrat mempertahankan rumah tangga yang dibina sejak 15 tahun lalu itu.

Perkara itu diakui kakak penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza itu selepas Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi bertanyakan perkembangan status perbincangannya dengan suami, Mohd Ghazali Yahya Zikri,40, (defendan) di Mahkamah Rendah Syariah, semalam.


Menurut Saida atau nama penuhnya Siti Nursaida Tarudin, 35, permohonan cerai secara baik yang dibuat pada 6 Oktober 2010 berikutan antara mereka sudah tiada persefahaman selain gagal didamaikan.

“Saya akui kami masih tinggal bersama dan memang kami ada berbincang. Bagaimanapun dia masih tidak bersetuju bercerai secara baik,” kata bekas peserta program realiti Akademi Fantasia 6 itu.


Terdahulu peguam syarie Amli Embong memberitahu anak guamnya, Mohd Ghazali tidak dapat hadir pada prosiding semalam kerana tidak sihat.


“Saya sudah minta dia hadir. Tapi saya baru dimaklumkan berhubung perkara itu menerusi SMS pada jam 9 pagi tadi (semalam).

“Sehubungan itu saya mohon tarikh baru untuk sebutan semula kes dan saya akan pastikan dia membawa surat cuti sakit sebagai bukti,” katanya.


Bagaimanapun, peguam syarie, Ahmad Nazib Johari mewakili Saida memberitahu mahkamah, defendan kini berada di kampungnya di Teluk Intan, Perak.

Pihaknya memohon waran tangkap dikeluarkan.


“Kami turut memohon keputusan mahkamah berhubung permohonan Saida untuk meminda Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 yang dibuat sebelum ini kepada Seksyen 52 akta sama iaitu permohonan bercerai secara fasakh,” katanya.


Mohd Suhaily bagaimanapun menolak permohonan itu kerana mahu peluang terakhir diberikan kepada Mohd Ghazali untuk hadir pada prosiding sebutan yang akan datang.


“Walau siapa pun kamu, mahkamah tidak zalim dan setiap orang mempunyai hak untuk mempertahankan hak mereka,” katanya.


Beliau turut menasihatkan kedua-dua pihak menggunakan peluang masa yang ada untuk berbincang bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga yang sudah berlarutan selama setengah tahun itu.


“Saya bercakap bukan saja untuk masa sekarang, tapi untuk tempoh 10 tahun akan datang yang akan memberi kesan kepada anak-anak kamu nanti.


“Justeru itu dengan budi bicara, mahkamah tetapkan tarikh singkat untuk sebutan kali terakhir dan mahkamah harap ada perkembangan positif,” katanya.


Tegasnya, jika defendan tidak hadir pada tarikh akan datang waran tangkap akan dikeluarkan dan secara automatik mahkamah akan membenarkan permohonan plaintif.


Saida tiba di mahkamah pada jam 9 pagi dengan berpakaian serba hitam dan ditemani kakak iparnya, Rozie Abd Razak.


Saida dan Mohd Ghazali bernikah pada 14 Disember 1996 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, 14; Anas, 11; Khalid, 7; dan Siti Nurul Mashitah, 5. Mahkamah menetapkan 18 Mac ini untuk sebutan semula kes.

No comments:

Post a Comment